Info

Lelaman Lirik Lagu Melayu Terbaikz (LLMTz) adalah satu projek yang dihasilkan dengan tujuan untuk menghimpunkan lirik lagu Melayu yang mempunyai susunan kata, penggunaan metafora ataupun bahasa yang indah.
Juga untuk menghargai tulisan dan hasil karya para penulis lirik, dan memartabatkan dan melestarikan Bahasa Melayu! :)

LLMTz tak memegang sebarang hak ke atas lirik lagu-lagu dalam laman ini (hanya cara mereka dipaparkan dalam laman ini saja).
Hak milik dan hak cipta adalah hak penulis, penggubah atau syarikat empunya lagu-lagu tersendiri.

LLMTz sangat menghargai sumbangan dan hasil cipta para penulis lirik dan penggubah lagu. Oleh itu, LLMTz menitikberatkan kemasukan nama penulis lirik dan penggubah lagu dalam semua catatan dalam blog ini. Namun ada kalanya LLMTz mahu senaraikan lirik lagu yang baik tetapi tidak dapat mencari tuan empunya yang telah menghasilkan lirik atau lagu itu. Pada catatan lirik lagu-lagu seperti ini, LLMTz telah meletakkan "???" pada lagu tersebut. Diharapkan sesiapa yang ada maklumat yang sahih dapat membantu melengkapkan catatan lirik lagu tersebut.

Jika pihak pemegang hak cipta mendapati LLMTz telah menyiarkan lirik lagu atau video yang melanggar hak cipta atau tanpa kebenaran yang sah - yang kemungkinan besar tanpa disedari atau disengajakan - harap hubungi LLMTz melalui ruang ulasan yang disediakan, atau melalui emel saja.

Jika ada cadangan, sumbangan, maklum balas, pembetulan atau apa yang boleh diperbaiki, ia sangat dialu-alukan.

Himpunan ini adalah untuk hiburan dan rujukan sahaja.

Terima kasih! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan